Filem Tempatan Buatan Sabah Bakal Sertai Pasaran Filem Di Tokyo

8 Sep 2024 • 4:42 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Perkara ini adalah untuk mempamerkan dan mencari rakan kongsi pengedaran yang berpotensi

Filem Tempatan Buatan Sabah Bakal Sertai Pasaran Filem Di Tokyo. Dilaporkan, Persatuan Filem dan Video Kota Kinabalu (KKFVA) akan membawa filem-filem buatan Sabah untuk menyertai Pasaran Filem Tiffcom di Tokyo dari 30 Oktober hingga 1 November bagi pameran dan mencari rakan kongsi pengedaran yang berpotensi.

Delegasi ini akan diketuai oleh Presidennya, Chester Pang di mana beliau menjelaskan bahawa beliau memilih Tiffcom kerana ia merupakan pasaran kandungan terkemuka di Asia dan berafiliasi dengan Festival Filem Antarabangsa Tokyo (TIFF).

image is not available
Filem Tempatan Buatan Sabah Bakal Sertai Pasaran Filem Di Tokyo. Sumber foto: Daily Express

Ia juga merupakan satu-satunya festival filem antarabangsa di Jepun yang diiktiraf oleh Persekutuan Pengeluar Filem Antarabangsa dan juga salah satu festival filem yang paling kompetitif di Asia serta festival filem kedua terbesar di Asia.

Katanya, dengan pendedahan ini, pihaknya berharap dapat menarik perhatian di peringkat antarabangsa terhadap produk mereka, yang menumpukan pada penceritaan gaya hidup Borneo dan secara tidak langsung mempromosikan keindahan Sabah sebagai destinasi penggambaran.

Beliau turut menyatakan bahawa setakat ini, lapan filem telah diterbitkan oleh penerbit Sabah sejak tahun 2020 dengan sokongan Geran Kandungan Digital (DCG) dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), dan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara.

image is not available
Sumber foto: Tokyo International Film Festival

Jelasnya lagi, selepas tayangan di pawagam, penerbit tempatan mempunyai peluang terhad untuk pengedaran dan jaringan selanjutnya.

Pang berkata, dalam pertemuan terbaru dengan penerbit dan pengarah filem seperti Mark Abas (Avakas dan Silent 177), Katak Chua (Craze Below The Wind), Flora Juanis (Tribesman), Yuri Mejal (KK Knockout), John Samud (Namatai), Timothy Stephen (Sinakagon), Ryot Ujin (Maria), Jackson Ho (The Sight Of Borneo Kirin), Bibi Harith (The Inherent Tribe Tatana), William Chiang (Butterfly), Jade Morris, Nadira Ilana, Will Foster, dan Gregory Giting, ramai yang menyatakan minat untuk menyertai program ini.

Pang juga turut mengajak produksi terbaru seperti Mantera oleh Michelle Pang, Giring oleh Lucilia Anggun, Syurga Dalam Botol oleh Ebi Kornelis, dan Once Upon A Time In Tamparuli oleh Jass Tarmin untuk turut serta dalam pasaran filem ini dan meneroka peluang bagi pembiayaan koproduksi.

Lagi cerita menarik untuk anda di sini: