Filem ‘Thor: Love And Thunder’ Ditangguhkan Sekali Lagi, Tarikh Tayangan Baru Tidak Ditetapkan

13 Jul 2022 • 5:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Alaa… Baru je nak tonton :'(

Filem ‘Thor: Love And Thunder’ Ditangguhkan Sekali Lagi, Tarikh Tayangan Baru Tidak Ditetapkan. Salah satu filem yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2022, Marvel’s Thor: Love and Thunder, sekali lagi ditangguhkan.

Ini bukan kali pertama filem itu ditangguhkan – ia pertama kali ditangguhkan daripada tayangan perdana asalnya pada 7 Julai dan ditukarkan kepada 21 Julai. Namun, penangguhan baharu ini datang dengan berita sedih kerana peminat Marvel Malaysia diberitahu bahawa ia akan ditangguhkan tanpa tarikh tayangan baharu diumumkan buat masa ini.

image is not available
Filem ‘Thor: Love And Thunder’ Ditangguhkan Sekali Lagi, Tarikh Tayangan Baru Tidak Ditetapkan

Kedua-dua pawagan TGV dan GSC mengesahkan berita penangguhan

Penangguhan ini telah disahkan oleh GSC dan TGV menerusi laman Twitter rasmi mereka:

Ia difahamkan penangguhan ini disebabkan keputusan syarikat Disney Malaysia dan bukan badan kerajaan. Namun, sebabnya tidak dihuraikan apabila dihubungi The Star.

Sekiranya filem terbaru Marvel ini diputuskan untuk tidak ditayangkan di Malaysia, ia akan menjadi filem Disney utama kedua yang melangkau tayangan perdana di Malaysia tahun ini – dengan dilem pertama ialah Pixar’s Lightyear.

image is not available
Filem ‘Lightyear’ pula diharamkan di Malaysia serta beberapa negara lain. Kredit foto: Life Cinemas

Filem Lightyear bukan sahaja melangkau pawagam Malaysia, malah beberapa negara lain seperti Mesir dan UAE, dilaporkan disebabkan adegan yang memaparkan ciuman antara pasangan sejenis.

Apa yang menarik ialah filem Thor: Love and Thunder turut ditayangkan di UAE dan Mesir.

Bagi mereka yang sudah membeli tiket filem Thor: Love and Thunder, tiada pengumuman telah dibuat semasa ini mengenai refund susulan pengumuman terbaharu ini

Namun, anda mungkin masih dapat mengikut nasihat TGV dan GSC ketika penangguhan pertama diumumkan – bagi mereka yang membeli tiket dari kaunter atau e-kiosk, anda boleh kembali ke pawagam dan menuntut bayaran balik dalam masa dua minggu ATAU diberi bayaran balik secara automatik dalam 14 hari bekerja jika anda membeli tiket dalam talian.

Filem Dr. Strange 2 juga tidak ditayangkan di Brunei pada bulan Mei lalu:

Filem sejarah Brooke pula dijadikan pembuka sebuah festival filem baru-baru ini: