Filem Thor Love & Thunder boleh ditonton di Malaysia mulai September

EntertainmentMovie
23 Aug 2022 • 12:29 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

Peminat filem Marvel di Malaysia sangat kecewa kerana tidak dapat menonton filem terbaru dalam siri Marvel, Thor: Love and Thunder di pawagam bulan lepas. Tetapi perkara ini boleh diubati tidak lama lagi kerana Disney Malaysia mengumumkan ia akan ditayangkan secara strim atas talian, di platform Disney+ Hotstar.

Filem Thor: Love and Thunder akan mula disiarkan di Disney+ Hotstar pada 8 September 2022. Filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada 6 Julai 2022, bermakna ia mengambil masa hanya 2 bulan untuk tiba di Disney+ Hotstar.

Perkara ini bukanlah baharu, kerana Disney sering menayangkan filem terbaru mereka di Disney+ Hotstar, sekitar 2 bulan selepas dilancar di pawagam. Ia bermula daripada filem Black Widow pada tahun 2020, diikuti filem Shang-Chi dan Jungle Cruise tahun lepas, serta filem Eternals awal tahun ini.

Tambah Disney lagi, siaran filem terbaru Marvel ini dibuat seiring dengan Hari Disney+ Hotstar pada 8 September. Dalam tempoh ini, Disney akan turut menyiarkan beberapa rancangan baru mereka di platform strim atas talian ini. Antaranya "Obi-Wan Kenobi: A Jedi's Return", "Welcome to the Club", "The Zone: Survival Mission", "Tierra Incognita" serta program nyanyian "Frozen" dan "Frozen 2" sing-along.

Peminat Disney di Malaysia juga berpeluang mendapatkan pelbagai cenderahati istimewa rancangan Disney+ Hotstar yang baru, menerusi Stor Online Disney Malaysia.

Jika anda belum melanggan Disney+ Hotstar, anda boleh melakukannya dengan melayari portal Disney+ Hotstar Malaysia. Hanya ada satu pelan disediakan, berharga RM54.90 untuk 3 bulan.

Tetapi jika anda pelanggan pek Movie Astro, anda boleh menebus pendaftaran percuma Disney+ Hotstar di sini. Pengguna Unifi pek Ultimate juga dapat langganan percuma Disney+ Hotstar, maklumat lanjut di sini.

Bacaan Berkaitan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved