Filem Y2K Akan Ditayangkan – Kisah Komedi Berdasarkan Tragedi Sebenar

TechnologyDigital
20 Aug 2024 • 3:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siapa masih ingat akan tragedi Y2K? Saya tidak kerana ketika itu saya masih berusia enam tahun. Apa yang saya faham adalah, ketika itu sistem komputer menggunakan dua digit terakhir bagi tahun untuk tarikh bagi menjimatkan data. Ini menyebabkan tahun 2000 (Year 2000) menjadi 1900 dan secara tidak langsung sistem komputer sedunia tergendala. Kini selepas 24 tahun, tragedi ini difilemkan oleh studio A24.

Menariknya, filem Y2K dikatakan adalah berdasarkan tragedi yang benar-benar berlaku pada malam 31 Disember 1999. Isu Y2K adalah sangat serius dan terkesan kepada semua orang di seluruh dunia. Di Malaysia, turut terdapat Operasi Pelan Kontingensi Y2K pada sekitar November tahun 1999 bagi menyelesaikan masalah ini. Walaupun filem ini berasaskan tragedi sebenar, aksi dan perkara yang berlaku dalam filem ini adalah fiksyen. Ia menceritakan kisah komedi mengenai dua sahabat yang terperangkap pada malam terakhir tahun 1999.

image is not available

Sejak kebelakangan ini, banyak filem dan siri TV mengenai kejadian dalam industri teknologi ditayangkan. Kita sudah ada Blackberry, kisah Theranos dengan Elizabeth Holmes, mengenai jatuh bangun Steve Jobs di Apple, siri Apple TV+ mengenai WeWork dan banyak lagi. Akan datang, tahun 2038 tragedi seakan Y2K dijangka akan kembali dan jalan penyelesaian masih belum ditemui. Filem Y2K oleh A24 ini akan ditayangkan di Amerika pada 6 Disember 2024. Tiada maklumat mengenai tayangan di Malaysia lagi setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved