FIMM bertindak ke atas 6 bekas perunding UTS, PRS kemukan sijil akademik palsu

LocalPolitics
18 Sep 2025 • 10:06 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

FIMM bertindak ke atas 6 bekas perunding UTS, PRS kemukan sijil akademik palsu

image is not available

18/09/2025 - 10:06

KUALA LUMPUR 18 Sept — Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (FIMM) mengeluarkan teguran awam terhadap enam bekas perunding Skim Unit Amanah (UTS) dan Skim Persaraan Swasta (PRS) kerana mengemukakan sijil akademik palsu dalam permohonan pendaftaran mereka.

FIMM berkata, keputusan jawatankuasa tatatertib itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi setiap kes berkenaan.

Mereka yang dikenakan tindakan ialah bekas perunding di Public Mutual Bhd, Roster Anak Maringai; bekas perunding di RHB Asset Management Sdn Bhd, Vijayendran Vengho.

Dua bekas perunding di AHAM Asset Management Bhd iaitu Goh Yen Chew dan Tan Shi Yuin, serta dua lagi bekas perunding di Kenanga Investors Bhd iaitu Dian Ayu Lestari Rusdi dan Siti Amira Juattin.

FIMM dalam satu kenyataan memaklumkan teguran awam itu dibuat sebagai mesej tegas yang membuktikan ia akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi sebarang peraturan yang dikeluarkan FIMM.

“Ini bertujuan menghalang perunding UTS dan PRS daripada melakukan salah laku, serta mengingatkan mereka tentang kepentingan mematuhi peraturan FIMM ketika memasarkan dan mengedar UTS serta PRS di Malaysia, demi melindungi kepentingan pelabur,” kata FIMM. - BERNAMA

featured standard