Final Talk To My Manager Ditunda, Netizen Luah Rasa Bengang Dakwa Ada Unsur ‘Favouritism’

EntertainmentOpinion
6 Oct 2025 • 12:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia ttmm 10

Ramai penonton terkejut apabila rancangan realiti Talk To My Manager (TTMM) yang sepatutnya menutup tirainya malam tadi tiba-tiba ditunda ke minggu depan.

Menurut laporan Gempak, langkah itu dibuat selepas sambutan luar biasa daripada penonton namun reaksi di media sosial ternyata jauh berbeza.

Penonton dakwa finale ditunda sebab “anak emas”?

Di media sosial, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati, malah ada yang menuduh pihak produksi sengaja menunda minggu akhir kerana peserta kegemaran mereka tidak dapat membuat persembahan.

image is not available

Sementara itu, netizen turut berkongsi rasa simpati terhadap peserta yang sudah berhabis tenaga malam tadi.

image is not available

Ramai juga menyuarakan sokongan terhadap Marsha dan Hadie, dua peserta yang dianggap beraksi cemerlang walaupun tidak diangkat sebagai pemenang minggu ini.

Astro jelaskan sebab penangguhan final TTMM

image is not available

Menurut laporan rasmi Gempak, penganjur memutuskan untuk melanjutkan Talk To My Manager selama seminggu lagi berikutan sambutan luar biasa daripada penonton.

Episod tambahan itu dijangka menampilkan persembahan istimewa dan kejutan yang masih dirahsiakan.

Namun begitu, penjelasan tersebut masih gagal meredakan rasa tidak puas hati segelintir peminat yang mendakwa keputusan dibuat terlalu mendadak.

Pssttt! Kalau betul sambutan rancangan ini luar biasa, tahniah buat seluruh produksi TTMM! Tapi Oh! Media faham juga kenapa ramai yang kecewa sebab penonton sudah bersedia untuk “grand finale”, tiba-tiba kena tunggu lagi seminggu. Harap minggu depan betul-betul ada kejutan yang setimpal dengan penantian ini!

Kredit: Gempak | Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.