Finalis MasterChef Malaysia Dipenjara 34 Tahun, Bersalah Dera Amah Hingga Maut

LocalFood
22 Jun 2025 • 1:05 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas didapati bersalah membunuh pembantu rumah mereka, Nur Afiyah Daeng Damin, 28, di sebuah kondominium di Penampang pada Disember 2021.

image is not available

Finalis MasterChef Malaysia & bekas suami dera amah hingga parah

Memetik laporan daripada The Star, Hakim Lim Hock Leng memutuskan kedua-duanya bertindak dengan niat bersama dan menyebabkan kecederaan parah secara sengaja terhadap mangsa, yang akhirnya membawa kepada kematian.

“Pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah,” katanya sambil menambah bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan itu dengan kukuh.

image is not available

Bekas suami finalis MasterChef Malaysia turut dikenakan 12 kali sebatan

Dalam pada itu, Ambree turut dikenakan 12 sebatan, manakala Etiqah dikecualikan kerana faktor jantina.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak kurang daripada 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Dacia Jane Romanus menyifatkan kes itu sebagai satu tragedi kejam yang mengejutkan negara.

“Mangsa merupakan seorang wanita muda yang meninggalkan kampung halamannya demi mencari rezeki secara halal ketika pandemik, namun akhirnya kehilangan nyawa di tempat dia bekerja,” katanya.

image is not available

Beliau turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa mangsa mengalami penderaan secara harian, tidak dibayar gaji dan dinafikan hak untuk pulang ke tanah air, menjadikan kes ini contoh penganiayaan serius terhadap pekerja domestik.

Sumber: The Star (Rebecca Chong)