Firdaus Rahmat akui dilema pilih lagu sendiri, janji hadir dengan single baharu tahun ini

LocalMusic
9 Jul 2026 • 2:42 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

SHAH ALAM – Penyanyi dan komposer, Firdaus Rahmat, 28 mengakui terlalu sibuk menghasilkan karya untuk penyanyi lain sehingga menyebabkan perancangan melancarkan lagu baharu miliknya sendiri tertangguh.

Pelantun lagu Test Drive itu berkata, fokusnya kini lebih terarah kepada kerja-kerja produksi muzik di belakang tabir, namun tetap berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi dengan mempertaruhkan sekurang-kurangnya sebuah single baharu tahun ini.

Menurut Firdaus, beliau sebenarnya merancang untuk berehat daripada membuat persembahan sepanjang tahun ini sebelum menerima jemputan mengadakan persembahan di sebuah acara universiti.

“Sebenarnya ini persembahan pertama saya untuk tahun ini. Saya ingatkan nak berehat sekejap daripada menyanyi sebab sibuk dengan music production, banyak buat lagu untuk artis lain. Tapi bila dapat tawaran ini, saya rasa ia satu peluang yang baik untuk kembali menyanyi. Saya gembira dapat naik pentas semula,” katanya ketika ditemui selepas membuat persembahan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana, baru-baru ini.

Firdaus berkata, antara projek yang sedang disiapkannya termasuk menghasilkan lagu untuk beberapa penyanyi terkenal tanah air.

“Baru sahaja selesai lagu untuk Umairah dan juga lagu Tok Ti. Selain itu ada beberapa lagi projek bersama artis lain yang sedang berjalan. Memang sekarang banyak masa saya dihabiskan menghasilkan lagu untuk orang lain,” katanya.

Mengulas mengenai pertanyaan peminat yang merindui kemunculan lagu baharunya, Firdaus mengakui beliau berdepan dilema memilih karya paling sesuai untuk diterbitkan.

“Memang banyak karya saya yang sudah siap dan ada juga yang masih dalam proses. Saya cuma masih dilema nak pilih lagu yang mana sesuai untuk dikeluarkan dahulu. Insya-Allah kalau diizinkan Allah dan ada rezeki, saya akan keluarkan sekurang-kurangnya satu lagu tahun ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved