Firdaus Wong bimbang kesihatan mental Thanuja, saran segera buat pemeriksaan

LocalHealth & Fitness
11 Jun 2025 • 10:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kesihatan mental pelakon dan model, Thanuja Ananthan selepas kenyataan kontroversinya mengenai haiwan sembelihan sempena Hari Raya Aidiladha baru-baru ini.

Instagram will load in the frontend.

Firdaus Wong saran buat pemeriksaan mental

Menerusi satu hantaran di media sosial, Firdaus secara terbuka menyarankan agar Thanuja segera menjalani pemeriksaan kesihatan, terutama berkaitan mental dan fungsi ingatan.

“Melihat kepada komen Thanuja, saya bimbang akan kesihatan mentalnya dan menyarankan dia untuk membuat pemeriksaan kesihatan mental.
Mungkin dia terlupa pernah berkongsi nasi beriyani ayam pada 2016. Iyalah, sudah hampir 10 tahun atau saudari terlupa tentang hidangan ikan salmon pada Februari 2025?” tulisnya.

image is not available

Firdaus Wong rasa Thanuja mungkin ada simptom dementia

Firdaus turut menyentuh soal kemungkinan Thanuja mengalami simptom dementia kerana kenyataannya seolah-olah terlupa tentang perkara-perkara lalu yang menunjukkan dia sendiri pernah menikmati makanan daripada sumber haiwan.

Atau bagi Thanuja, makan ayam dan ikan tu bukannya dibela, tak disembelih dan merasakan kalau dia yang buat tak mengapa tetapi orang Muslim sembelih lembu atau kambing ketika Hari Raya Aidiladha itu tak okey?” soalnya lagi.

image is not available

Perkongsian sebegitu sekadar raih perhatian?

Lebih pedas, Firdaus Wong mendakwa tindakan Thanuja berkongsi pandangan sedemikian hanyalah usaha untuk menarik perhatian netizen, malah menyifatkannya sebagai individu yang mungkin mengalami ‘kurang kasih sayang’ (KKS).

“Atau sebenarnya dia bukan menghidap simptom dementia tetapi kurang kasih sayang (KKS) dan mendambakan perhatian?
Bagaimana untuk mendapatkan perhatian? Bagi komentar yang mendedahkan kedangkalan pemikiran saudari?” tanya Firdaus.

image is not available

Dah tinggal di Malaysia masih lagi tak faham

Perkongsian tersebut telah mendapat respon daripada netizen di media sosial apabila masing-masing ‘pelik’ dengan pertanyaan dilakukan pengacara itu memandangkan dia merupakan warganegara Malaysia.

Ada juga menyarankan supaya Thanuja membuat permohanan maaf memandangkan telah menyentuh isu 3R (Agama, kaum dan raja).

image is not available

Sembelih lembu dan kambing tu hari-hari kot

image is not available

Kena buat permohonan maaf sebab sentuh 3R

image is not available

Untuk rekod, Thanuja sebelum ini meluahkan rasa emosinya terganggu setiap kali menyaksikan haiwan disembelih ketika musim Aidiladha. Katanya, dia terpaksa menjauhkan diri dari media sosial buat sementara kerana tidak tahan melihat paparan berkenaan.

Namun begitu, kenyataannya itu mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang menganggapnya tidak sensitif terhadap amalan umat Islam.

Sumber: Instagram firdauswong