Firefly AI Assistant Ialah Ejen Menjalankan Kerja Aplikasi Creative Cloud

TechnologyDigital
16 Apr 2026 • 1:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dahulu untuk melukis anda perlukan kertas/kanvas dan pencil/berus. Kemudian dengan perisian digital, yang diperlukan ialah komputer dan sekeping stylus. Antara perisian paling popular ialah yang dikeluarkan Adobe seperti Photoshop, Premiere Pro, Illustrator, dan Lightroom. Ia memudahkan penghasilan kreatif tetapi semua karya masih memerlukan tangan manusia.

Adobe hari ini melancarkan Firefly AI Assistant yang berfungsi sebagai ejen kecerdasan buatan yang boleh melaksanakan aliran kerja kompleks merentasi perisian Photoshop, Premiere, Illustrator, Lightroom, Express dan Firefly. Pengguna hanya perlu memberikan arahan kepada Firefly AI Assistant dan ia akan kemudiannya menghasilkan karya secara automatik menggunakan perisian Adobe sedia ada.

Image from: Firefly AI Assistant Ialah Ejen Menjalankan Kerja Aplikasi Creative Cloud

Arahan seperti menyunting pelbagai gambar serentak untuk kelihatan lebih profesional, menghasilkan imej pengolokan produk berdasarkan logo syarikat dan menghasilkan imej pelbagai saiz untuk kegunaan platform media sosial Firefly AI Assistant secara automatik walaupun pengguna tidak mahir dengan perisian-perisian Adobe.

Kesemua ciri ini pernah diperlihatkan sebagai prototaip di Adobe Max sebelum ini sebagai antara projek yang sedang dibangunkan. Bermula sebagai konsep, Firefly AI Assistant akan boleh digunakan menerusi beta terbuka dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.