Mozilla selepas melalui proses penjenamaan semula sebelum ini, kini Firefox dilihat menerima kemaskini dan proses penjenamaan untuknya melalui pengenalan sebuah maskot baharu dinamakan Kit. Ia mengekalkan watak musang, tetapi dengan rekaan yang lebih mesra pengguna muda dan remaja.

Mozilla mengatakan Kit merupakan teman kepada pengguna dalam melalui pelayaran web yang peribadi, terbuka dan selamat. Buat masa ini, hanya pengenalan maskot sahaja dilakukan melalui laman rasmi Firefox, selain turut menawarkan beberapa barangan yang boleh dibeli dengan rekaan maskot tersebut.
Ia tidak diketahui lagi sama ada Firefox turut akan menerima ikon dan logo baharu atau sebaliknya. Proses penjenamaan dan pemasaran ini juga dilihat selari dengan persaingan sengit dalam arena pelayar web, dan pengguna inginkan sesuatu yang benar-benar selamat dan peribadi kepada mereka. Penggunaan maskot yang ceria dan comel mungkin menarik lebih ramai dalam mempercayai pelayar web tersebut berbanding lain.
Bagi anda sendiri, apa kata anda berkenaan dengan rekaan maskot baharu Firefox ini? Adakah

