Firmino cipta sensasi di Liga Pro Saudi

Football
12 Aug 2023 • 11:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Firmino (kanan) meledak hatrik pada penampilan sulungnya bersama Al-Ahli. - Foto FB Al-Ahli

PENYERANG Brazil dan bekas bintang Liverpool, Roberto Firmino menjaringkan hatrik pada penampilan sulungnya di Liga Pro Saudi pada Jumaat ketika membantu Al-Ahli menewaskan Al-Hazem 3-1.

Pemain berusia 31 tahun itu menandakan kehadirannya dalam liga Saudi apabila meledak gol pada minit keenam diikuti gol kedua pada minit ke-10 dan terus tajam dengan gol ketiga pada minit ke-72.

Al-Ahli turut dibarisi pemain bintang yang disambar pada jendela perpindahan baru-baru ini seperti Riyad Mahrez, Allain Saint Maximin, Frank Kessie dan penjaga gol, Edouard Mendy.

Firmino meninggalkan Liverpool pada musim panas selepas lapan musim di Anfield, meledak 111 gol dalam 362 penampilan dan memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.

Al-Ahli merupakan pasukan pilihan merebut kejuaraan liga bersama Al-Nassr, Al-Hilal dan juara bertahan, Al-Ittihad.

Disokong oleh dana kekayaan negara, Liga Pro Saudi telah memikat nama besar dari liga utama Eropah dengan tawaran gaji yang besar.

Karim Benzema dan N’Golo Kante juga telah berpindah ke liga tersebut sejak perpindahan Cristiano Ronaldo ke Al-Nassr pada Januari lalu.

Bekas kapten Liverpool, Steven Gerrard turut menjadi pengendali di Al-Ettifaq yang dibarisi seorang lagi bekas kapten The Reds, Jordan Henderson.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved