First Pride Cipta Rekod Baharu, Anjur Festival Nuget Terbesar Di Malaysia

LocalFood
9 Dec 2025 • 4:14 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Ribuan pengunjung membanjiri IOI City Mall hujung minggu lalu apabila First Pride menganjurkan Nugget O’Clock, festival nuget terbesar pernah diadakan di Malaysia, sehingga melakar nama dalam Malaysia Book of Records.

Festival selama dua hari itu bukan sahaja mengumpulkan peminat nuget dari pelbagai lapisan masyarakat, malah mengangkat budaya menikmati snek harian ke satu dimensi baharu yang lebih meriah, interaktif dan penuh hiburan.

Menurut Pengarah Pemasaran Tyson Foods Malaysia, Freddie Wong, budaya menikmati snek kini menjadi kebiasaan rakyat Malaysia, dan First Pride berbangga berada di tengah-tengah trend tersebut.

image is not available
Pegawai Malaysia Book of Records, Mohamad Nazrul Hafizi (kiri) dan Pengarah Pemasaran Tyson Foods Malaysia, Freddie Wong pada acara penyerahan rekod

“Pengiktirafan Malaysia Book of Records ini adalah satu penghormatan besar. Kami mahu terus membawa keriangan dan kemudahan kepada rakyat Malaysia setiap kali mereka inginkan nuget yang penuh rasa,” katanya.

Antara tarikan utama festival termasuk pelbagai permainan interaktif, hadiah percuma, kios yang dipenuhi aktiviti menarik serta hidangan nuget yang dihidangkan tanpa henti. 

Setiap penyertaan di kios turut memberikan ganjaran nuget, menjadikan pengalaman pengunjung bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga sangat mengenyangkan.

Acara turut diserikan dengan persembahan langsung oleh Asyraf Nasir, yang buat pertama kalinya mempersembahkan jingle baharu Nugget O’Clock.

image is not available
Persembahan oleh Asyraf Nasir

Kemuncak festival tersebut tercipta apabila First Pride berjaya mengagihkan lebih 21,064 nuget, sekali gus mencatat rekod Most Nuggets Giveaway in an Event dalam Malaysia Book of Records. 

Rekod itu diserahkan secara rasmi di lokasi acara, menandakan satu detik bersejarah buat jenama nuget kegemaran ramai itu.

Dengan kejayaan tersebut, Nugget O’Clock bukanlah sekadar festival, ia juga memulakan satu budaya baharu yang meraikan keseronokan menikmati snek pada bila-bila masa dan bersama sesiapa sahaja.

Maklumat lanjut mengenai First Pride serta acara Nugget O’Clock seterusnya boleh didapati melalui media sosial rasmi First Pride Malaysia di Instagram dan Facebook. - Getaran, 9 Disember 2025

Foto : First Pride