"First Time Mangsa Banjir Kena Ketuk!" - Video Babi Hutan Nak Naik Bot Buat Netizen Berdebat

20 Dec 2022 • 2:57 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Negara sedang dilanda musibah banjir yang teruk terutamanya negeri-negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Hampir seramai 56,159 mangsa banjir masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Apabila berlakunya banjir, bukan kehidupan kita sahaja terjejas. Bahkan hidupan lain seperti haiwan. Kebarangkalian untuk kita berjumpa dengan haiwan seperti buaya atau babi hutan juga mungkin berlaku. Viral satu video di Tiwtter di mana seorang pengguna berkongsi suasana banjir di kawasannya.

Berdasarkan video, beberapa orang pemuda sedang menaiki bot untuk melalui satu kawasan. Tanpa dijangka, ada beberapa ekor babi hutan berada di sekitarnya. Tiba-tiba, seekor babi hutan itu berenang menuju ke arah bot mereka,

Demi menyelamatkan diri, salah seorang pemuda mengetuk kepala babi hutan tersebut untuk mengelak dari babi itu menaiki bot. Tindakan pemuda tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi. Ada yang menyokong, ketawa namun ada juga yang menyelar tindakan pemuda tersebut.

Namun, seorang pengguna Twitter menjelaskan mengapa babi hutan itu tidak wajar untuk diselamatkan.

Dia menjelaskan babi hutan berupaya untuk berenang untuk jarak yang jauh dan mampu hidup dan beradaptasi terhadap persekitaran. Jadi, kebarangkalian babi hutan untuk hidup selepas banjir adalah tinggi.

Tambahnya lagi, berdasarkan video tersebut itu adalah sekeluarga babi hutan. Maka si ibu yang berenang ke arah bot tidak bertujuan untuk menaiki bot. Si ibu hanya ingin melindungi anak-anaknya.

Untuk anda yang sedang menghadapi musibah ini, moga diberi kekuatan dan keselamatan. Moga semua selamat hendaknya.