“First Time Nangis Sebab Agong..” – Video Papar Majlis Bersalaman Kakitangan Istana Bersama YDPA & Permaisuri Raih Perhatian

30 Jan 2024 • 1:25 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billa Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Pahang pada hari ini setelah lima tahun menggalas tanggungjawab untuk negara.

Terkesan dengan keberangkatan YDPA dan Permaisuri

Boleh dikatakan, seluruh rakyat Malaysia ketika ini rasa sebak dengan keberangkatan YDPA dan Permaisuri Agong susulan sikap baginda yang sangat peramah dengan rakyat sepanjang bertugas.

Dapat dilihat di laman TikTok, tular video memaparkan majlis bersalaman kakitangan istana bersama YDPA dan Permaisuri Agong yang membuatkan netizen sedih.

“28 tahun hidup, first time nangis sebab Agong..”

Meninjau di ruangan komen hantaran video terbabit, rata-rata netizen yang meninggalkan komen turut merasakan kesedihan kakitangan istana yang terpaksa berpisah dengan YDPA dan Permaisuri Agong setelah lima tahun bersama.

image is not available

image is not available

Sekadar info, Sultan yang bakal mengalas tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong selepas ini adalah Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan ia bermula pada 31 Januari, esok.

image is not available 7 days ago

(VIDEO) "Benda Manis Tak Akan Kekal Lama.." - Video Raptai 'Sending Off' Agong Pulang Ke Pahang Buat Rakyat Sebak