“First Time Tengok” – Proses Kebumi Jenazah Di Tanah Kubur Jenis Pasir Raih Perhatian Ramai [Video]

LocalEntertainment
17 Dec 2024 • 12:57 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Islam mengajar penganutnya untuk menghormati manusia sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Bagi yang tidak lagi bernyawa, Islam menuntut untuk mengebumikan mayat agar kehormatannya tetap terjaga.

Di Malaysia, terdapat banyak kawasan perkuburan Islam yang memiliki pelbagai jenis tanah seperti tanah paya, tanah liat dan tanah jenis berbatu, namun tidak ramai pernah melihat perkuburan yang menggunakan tanah jenis pasir.

Tular proses kebumi jenazah di tanah kubur jenis pasir di Malaysia

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan proses pengebumian jenazah di tanah perkuburan jenis pasir dipercayai di Terengganu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @muhammadshukur310, video tersebut dilakukan untuk menunjuk cara bagaimana jenazah dibawa turun setelah diminta oleh seorang individu.

“Macam mana nak bawa turun? Buat satu video, tak selalu tengok tanah kubur pasir. Semoga sentiasa dalam rahmah Allah,” tulisnya di komen.

Turunkan jenazah di dalam keranda dengan tali

Susulan itu, pemilik akaun TikTok, Muhammad Shukur memuat naik video cara mereka menurunkan jenazah ke dalam liang lahad.

Dalam video tersebut, kelihatan jenazah yang berada di dalam sebuah keranda kayu itu dibawa turun bersama dengan menggunakan tali.

Setelah itu, seorang lelaki akan turun ke dalam liang lahad terbabit untuk mengeluarkan tali tersebut sebelum jenazah itu dikebumikan.

Ramai baru tahu ada tanah perkuburan jenis pasir

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyatakan itu adalah kali pertama mereka melihat cara jenazah dikebumikan di tanah perkuburan pasir.

Malah, ada yang tidak menyangka di negara ini terdapat kawasan tanah perkuburan jenis pasir memandangkan kebanyakannya adalah jenis tanah merah atau tanah liat.

Tidak kurang juga yang mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana berkongsi ilmu cara jenazah dikebumikan di kawasan perkuburan jenis berpasir.

“Belah Pantai Timur memang kebanyakannya macam ini” – Netizen

image is not available

image is not available

image is not available

Source: