Malaysia tidak berdepan risiko kemelesetan ekonomi: Guan Eng

6 Feb 2020 • 6:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menegaskan pelaksanaan pakej rangsangan ekonomi yang bakal dilancarkan nanti bukan bermakna negara berisiko berdepan kemelesetan ekonomi.

Jelasnya, cadangan yang ingin dilaksanakan itu hanyalah bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.

"Kami akan buat pengumuman (pelancaran pakej rangsangan ekonomi) dalam masa terdekat nanti.

"Saya perlu rujuk kepada Kabinet dulu," katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembiayaan Projek Yang Baharu Bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kesediaan kerajaan untuk menimbang pakej rangsangan ekonomi susulan krisis wabak koronavirus yang memberi kesan kepada banyak negara termasuk Malaysia.

Mengulas lanjut Guan Eng berkata, kerajaan juga akan memanggil pemegang taruh khususnya bagi sektor yang terjejas secara langsung.

"Kami akan buat dalam tempoh masa terdekat, notis akan dihantar dan dikeluarkan.

"Tapi kami nak dapatkan input daripada sektor yang terjejas paling teruk," katanya.


View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved