“Fitnah-Fitnah Melampau” – Ebit Lew Balik Dari Jeddah Terus Buat Laporan Polis Susulan Untuk Bela Diri

18 Sep 2023 • 9:29 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pendakwah dan pensohor media sosial, Ebit Lew menerusi satu hantaran di Instagram memaklumkan bahawa dia telah membuat satu laporan polis susulan kenyataan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew yang baru tiba dari Jeddah 12 malam dilaporkan berbuat demikian di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya, Selangor.

Bismillah. Baru sampai dari Jeddah (Arab Saudi) 12 malam tadi terus ke Balai Polis buat laporan mengenai fitnah-fitnah melampau yang langsung tidak berasas ke atas saya.

Saya serahkan pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya juga menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya.

Namun begitu, dia tidak menyatakan secara terperinci mengenai butiran laporan itu.

Terdahulu, penyanyi Caprice dan pensohor media sosial Indonesia bertatu, Mondy ada mendedahkan sikap sebenar pendakwah berkenaan menerusi satu podcast baru-baru ini.

Antara pendedahan kedua-dua ‘influencer’ itu adalah Ebit pernah melakukan gangguan seksual dan juga meminta Mondy untuk berlakon alim semata-mata untuk ‘content’ di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Dia Tarik Kain Jubah, Tutup Langsir Terus Dekatkan Wajah Ke Muka Aku" - Mondy Dedah Disentuh Kali Pertama Oleh Ebit Lew Di 'Airport'

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved