
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membayar ganti rugi RM1.35 juta kepada Lim Guan Eng kerana memfitnah bekas Menteri Kewangan itu berhubung isu menyalahgunakan kuasa dalam isu pembatalan pengecualian cukai kepada Yayasan Albukhary.
Pada 27 Mac tahun lepas, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah di Facebook yang melibatkan beliau berhubung isu tersebut pada 9, 11 dan 12 Mac 2023.
Laporan berhubung isu itu kemudian diterbitkan oleh beberapa akhbar dan portal berita.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan turut mendakwa kenyataan tersebut membawa maksud beliau telah menyalah guna kedudukan dan kuasanya dengan memberi kuasa atau mengarahkan Lembaga Hasil Dalam Negeri agar mengenakan cukai serta penalti terhadap Yayasan Albukhary.
AKAN MENYUSUL
