Fitnah! Saifuddin Nasution nafi luluskan kewarganegaraan pendatang China

LocalPolitics
14 Mar 2025 • 12:37 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Saifuddin Nasution nafi

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan dirinya meluluskan kewarganegaraan pendatang dari China susulan penyebaran sekeping poster palsu di media sosial.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, beliau menegaskan kenyataan tersebut adalah fitnah kerana kelulusan kewarganegaraan tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang telah lama termaktub.

Saifuddin Nasution nafi luluskan kewarganegaraan

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti dalam gambar fitnah (poster) tersebut.

“Sepanjang tahun lepas, saya telah banyak memberikan penjelasan tentang isu kewarganegaraan ini. Namun masih ada lagi pihak yang membuat fitnah dengan permainan sentimen yang berbaur 3R (Race, Religion dan Royalty),” katanya hari ini.

Saifuddin berkata, perbuatan tidak bertanggujawab itu disifatkan boleh mengganggu gugat keselamatan dan keharmonian dalam kalangan rakyat di negara ini.

image is not available

Foto: Bernama

Artikel lain:

Dalam masa sama, beliau yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) mengingatkan bahawa tindakan menyebar fitnah dan berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Saya menggesa agar rakyat dan netizen mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul dan tepat, sahkan dahulu sebelum ianya dikongsi.

“Saya ingatkan juga bahawa menularkan fitnah dan berita palsu ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan undang-undang,” ujarnya.

image is not available

Foto: Media sosial

Terdahulu, tular sekeping poster dengan kenyataan kononnya dibuat Saifuddin meluluskan kewarganegaraan pendatang dari China dan menegaskan rakyat tidak boleh mempertikaikan keputusan tersebut.

Sumber: Facebook Saifuddin Nasution Ismail