Fitnah skandal projek RM10 bilion, MB Selangor mahu saman Sanusi

Politics
4 Aug 2023 • 8:58 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah iaitu Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut laporan Berita Harian, Amirudin berkata, ia berhubung ucapan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu yang jelas memfitnah pada Jelajah Mega Perikatan Nasional (PN) BEST di Dataran Darul Aman di Jitra, Kedah semalam.

Fitnah skandal projek RM10 bilion

image is not available

Foto: Selangorkini

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, Mohammad Sanusi seolah-olah mahu mengalihkan persepsi daripada segala dakwaan skandal unsur nadir bumi (REE) yang didakwa ke atas beliau.

“Dengan tegas saya menafikan sekeras-kerasnya segala bentuk dakwaan dan tuduhan itu, malah perkara ini sudah saya memperincikan secara panjang lebar di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu dan awal tahun ini serta dalam satu sidang Parlimen pada 1 Mac lalu.

“Justeru saya sudah berbincang dengan peguam dan akan memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Muhammad Sanusi dengan segera atas fitnah yang dilontarkan ini,” katanya.

Difahamkan, Muhammad Sanusi membuat pendedahan berhubung skandal yang didakwa berlaku membabitkan Amirudin dengan Pengasas Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan.

image is not available

Foto: Utusan

Berdasarkan laporan Kosmo! pula, ia adalah mengenai projek sungai bernilai RM10 bilion dengan mendapatkan tanah seluas 600 ekar (242.8 hektar) di Selangor.

Sumber: Berita Harian (Tuty Haryanti Ahmad Rodzi & Norzamira Che Noh), Kosmo! (Mohd Yunus Yakkub)