Pendakwah bebas, Ebit Lew, tampil membuat laporan polis di Balai Polis USJ 8, berhubung dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.
Beliau yang baru saja tiba dari Jeddah jam 12 malam tadi, terus membuat laporan polis mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Mondy Tattoo dalam temu bual bersama selebriti, Caprice, yang disiarkan di YouTube, Jumaat lalu.
“Baru sampai dari Jeddah jam 12 malam tadi, terus ke balai polis buat report mengenai fitnah-fitnah yang teramat melampau dan langsung tidak berasas ke atas diri saya.
“Saya serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan. Saya juga telah menyerahkan kepada pihak peguam saya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam hantaran yang baru dimuat naik di Facebooknya.
Jumaat lalu, Caprice memuat naik video siri pertama pendedahan TikToker Indonesia, Mondy Tattoo, mengenai pendakwah berkenaan yang didakwa telah menyentuh, mengusap pipi dan cuba menciumnya pada hari pertama dibawa ke Malaysia.
Malah Mondy turut mendakwa dia tidak diberikan sebagai bayaran daripada hasil jualan sambal dalam live TikTok pendakwaah berkenaan.
Sejak dimuat naik Jumaat lalu, video pendedahan pertama daripada ketiga itu telah ditonton lebih dari 200,000 tontonan.
Sumber: Facebook Ebit Lew
The post ‘Fitnah teramat melampau & tidak berasas!’ – Ebit Lew nafi dakwaan Mondy Tattoo, buat laporan polis appeared first on The Reporter.


