
Selepas didakwa oleh bekas isteri, Nurul Shuhada bahawa dirinya culas membayar nafkah anak-anak, pelakon Hafidz Roshdi menafikan perkara tersebut.
Kata Hafidz, dia tidak dapat lagi mendiamkan diri selepas dituduh dengan hal-hal yang tidak benar kerana ia mengganggu periuk nasinya.

Pelakon tersebut merasakan tuduhan yang dilemparkan oleh bekas isterinya itu adalah fitnah jijik dan pelaku sepatutnya berasa malu atas perbuatan yang dilakukan.
Dalam pada itu, Hafidz turut memaparkan rekod transaksi bayaran dan sedia menggunakan bukti terbabit untuk tindakan susulan.

Menurut Hafidz, dia bertegas bahawa dia tidak pernah culas membayar nafkah anak-anak dan akan berusaha lebih keras untuk membayar lebih nafkah yang diberi.
"Kenapa Aku Minta Cerai, Sebab Ini.." - Bekas Isteri Dedah Perbualan L*cah Hafidz Roshdi & Penyondol
The post “Fitnah Yang Menjijikkan, Pelaku Harus Malu!” – Tak Diam Diri, Hafidz Roshdi Nafi Culas Bayar Nafkah Anak-Anak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


