
AHLI kumpulan nasyid Unic , TS Dr Fitri Haris meraih menerima pengiktirafan melalui Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-16 bagi Kategori Seni dan Kreativiti (Kelompok Seni Persembahan).
Menerusi hantaran di Instagram, pensyarah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) Universiti Utara Malaysia (UUM) itu menzahirkan penghargaan buat mereka yang sentiasa menyokong.
"Terima kasih kepada Universiti Utara Malaysia (@uumofficial ), khususnya SCIMPA, serta semua warga Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti dan Persatuan Akademia Universiti Utara Malaysia atas penghargaan dan sokongan berterusan yang diberikan.

"Semoga pengiktirafan ini menjadi inspirasi untuk saya terus menghubungkan dunia akademik dan seni kreatif serta membimbing generasi penerus yang akan membawa perubahan dan penambahbaikan dalam bidang ini. Insya-ALLAH," kongsinya.
Artikel penuh:
- Isteri hamil cahaya mata sulung, Fitri Haris luah rasa syukur
- 'Syukur diberi kepercayaan pegang mandat ini' Diddy AF kini Timbalan Dekan SCIMPA UUM, pencapaian cemerlang jadi inspirasi
- Tomok teruja sambung ijazah sarjana, pilih bidang pengajian persembahan. 'Perjalanan baharu buat saya, semoga dipermudahkan…'
Pelantun lagu Lafaz Yang Tersimpan itu menyifatkan pengiktirafan diterima sebagai penghargaan terhadap usaha menggabungkan dunia akademik dan industri muzik nasyid.

“Sebagai pensyarah muda, saya bersyukur menerima pengiktirafan ini kerana persaingan melibatkan semua institut pengajian tinggi awam dan swasta,” ujarnya.
Beliau turut memperkenalkan konsep hiburan halal atau muzik Islamik popular di peringkat antarabangsa termasuk di United Kingdom dalam usaha memperkenalkan nilai murni Islam kepada masyarakat bukan Islam melalui pendekatan etnomuzikologi.

Untuk info, AAN merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) sebagai pengiktirafan tertinggi kepada ahli akademik yang menunjukkan kecemerlangan luar biasa dalam bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan dan sumbangan kepada masyarakat, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada ilmu dan dunia kreatif antarabangsa.
Penilaian anugerah ini dijalankan melalui proses yang amat teliti dan berlapis, melibatkan panel pakar akademik, penyelidik, dan tokoh profesional daripada pelbagai universiti serta agensi kebangsaan.
The Story Of : Soo Wincci.
Pernah diejek gila dan bodoh kerana membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ketika nama berada di puncak.
Tidak terhenti di situ, demi cita-cita mengenggam 8 PHD, beliau tekad korbankan segala-galanya termasuk cinta.
Ikuti temubual eksklusif kami bersama Prof Madya Dr Soo Wincci.
Ikuti media sosial Sinarplus :
Facebook : https://bit.ly/38GWnfO
Youtube : https://bit.ly/3yQMdDU
Instagram : https://bit.ly/3DAxIX3
Twitter : https://bit.ly/3N4qTQB
TikTok : https://bit.ly/3TVq6DB
Kredit muzik : John Lingard - Who is your heart beating for dari Artlist.io
#SooWincci #BeautyWithBrain #MissUniverseMalaysia #SinarPlus #ArtisMalaysia
">
