Fitria Elfina Kongsi Video Bertengkar Dengan Safee Sali Dan Isteri Baharu

Entertainment
26 Mar 2024 • 5:56 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
safee sali

Fitria Elfina, bekas isteri kepada Safee Sali yang baru sahaja disahkan bercerai talak dua berkongsi detik dirinya gagal berjumpa dua orang anak mereka.

Fitria yang datang ke sebuah kondominium itu bagaimanapun tidak menyangka dapat berjumpa dengan Safee dan isteri baharunya yang kemudian cuba merayu untuk berjumpa anak-anak.

Bagaimanapun, rayuannya tidak diendahkan dan berlaku sedikit pertelingkahan. Situasi itu dirakam Fitria yang kemudian dileraikan oleh beberapa orang pengawal keselamatan.

“Saya nak jumpa anak. Itu anak-anak I. You tak fikir ke, anak-anak I. Please….” – Elfina merayu.

Difahamkan, sudah lebih setahun Fitria tidak dapat berjumpa dengan kedua-dua anaknya, Shanika Salsabila,9 dan Shania Safina, 7.

Saya tak tahu status sekolah anak-anak tapi anak-anak tidak lagi di Puncak Alam. Saya harap persekolahan mereka diuruskan dengan baik.

Saya berharap dia dilembutkan hati dan memberi keizinan kepada saya untuk berjumpa dengan anak-anak. Saya sangat rindukan mereka.

image is not available

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.