Fizi Kunci Mulut, Tak Mahu Komen Spekulasi Tinggalkan Suria FM Kerana Dilamar Hot FM

25 Jul 2022 • 8:05 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penyampai radio, Fizi Ali - Gambar Instagram Fizi Ali

Baru-baru ini kedengaran desas-desus mengenai penyampai radio Suria FM, Fizi Ali dikatakan bakal meninggalkan stesen itu selepas lima tahun bersama.

Spekulasi ini mula timbul apabila beberapa rakan penyampai dilihat telah memuat naik hantaran istimewa tentang pemergian Fizi yang kemudiannya telah dipadam. 

Fizi mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama dua lagi rakan penyampai iaitu Ajak Shiro dan Suraya Borhan.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Fizi Ali (@fiziali_)

Getaran telah menghubungi tuan punya badan sendiri untuk mendapatkan kepastian mengenai kesahihan berita ini.

Kata Fizi, buat masa ini dia belum boleh memberikan sebarang kenyataan berhubung khabar angin yang sedang bertiup kencang. 

Ditanya adakah dia bakal berpindah ke stesen Hot FM seperti yang didakwa ramai, Fizi sekali lagi mengunci mulut mengenai perkara itu.

“Maafkan saya, saya tidak boleh beri sebarang komen rasmi mengenai hal ini. Apa-apa pun tunggu sahaja sedikit waktu lagi, saya keluarkan kenyataan,” katanya. 

Menurut sumber terdekat, Fizi dikhabarkan bakal berpindah ke stesen radio milik Media Prima itu bersama seorang lagi penyampai popular dari sebuah stesen radio gergasi.

Setakat ini, pihak pengurusan Suria FM masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung spekulasi perpindahan Fizi ini.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Fizi dan juga pihak stesen radio yang terlibat. – Getaran, 25 Julai 2022