Fizo Omar Dapat Anak Kedua

Entertainment
25 Jun 2022 • 4:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gmbar Instagram Fizo Omar

Isteri kepada pelakon dan hos kacak, Fizo Omar selamat melahirkan bayi perempuan dua minggu lebih awal dari jangkaan pada tengah malam tadi.

Berita gembira itu disampaikan oleh Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 37, menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnya.

“Alhamdulillah, satu lagi anugerah terindah dari Allah. Isteri saya (Fazeera Nazri Azrai) selamat melahirkan seorang bayi perempuan dua minggu lebih awal dari EDD (estimated delivery date). Isteri saya berada dalam keadaan selamat dan bayi saya sangat comel,” tulisnya.

        View this post on Instagram                      

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Fizo juga berterima kasih kepada petugas hospital tempat isterinya bersalin di atas layanan mesra sepanjang berurusan.

Fizo sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan bersama bekas isterinya, iaitu Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Tahniah diucapkan kepada Fizo dan Fazeera. Semoga kehadiran cahaya mata ini dapat menceriakan lagi kalian sekeluarga. - Getaran, 25 Jun 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved