Pelakon Fizo Omar tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung dakwaan kononnya dia mengabaikan anak sulungnya, Wan Maryam, hasil perkahwinan terdahulu bersama usahawan Mawar Karim.
Fizo Omar dedah tempoh terhad jumpa anak sulung
Memetik laporan daripada Mstar, Fizo menyatakan sejak lapan tahun lalu dia hanya dibenarkan bertemu Maryam empat hari sahaja dalam sebulan dan tidak diberikan akses pada waktu lain seperti yang telah ditetapkan.
“Mudah kata saya tidak dibenarkan untuk berjumpa anak pada waktu lain, sebaliknya hanya perlu mengikut tempoh sudah ditetapkan. Sudah lapan tahun seperti ini.”
Fizo Omar anggap luahan anak rekasi normal kanak-kanak
Dalam pada masa yang sama, dia juga mengulas tentang luahan Maryam yang tular di TikTok dan memaklumkan enggan menganggapnya sebagai sesuatu yang serius kerana menyifatkan ia sebagai reaksi normal seorang kanak-kanak.
“Mungkin dia (Maryam) berasa macam itu (tidak disayangi).
“Bukan saja Maryam, anak-anak yang tinggal serumah dengan saya kadang-kadang pun cemburu apabila saya peluk adik mereka,” katanya.
Hubungan dengan Maryam baik sahaja
Walaupun masa bersama terhad, Fizo menegaskan hubungannya dengan Maryam tetap baik dan dia berusaha membahagikan kasih sayang secara adil kepada semua anaknya.
“Alhamdulillah kami sekeluarga bahagia, semuanya baik-baik sahaja.