Fizz Fairuz ucap selamat tinggal kepada Suria FM

LocalEntertainment
18 Jul 2025 • 5:33 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan ramai apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio popular, Suria FM.

Selepas lebih setahun mengendalikan segmen Morning Morning Suria bersama Ajak Shiro dan Kai Hassan, Fizz akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio.

Menerusi rakaman radio yang dimuat naik oleh isteri Fizz, Datin Almy Nadia, Fizz menyatakan kerjaya sebagai penyampai radio merupakan antara impian yang telah lama disimpan.

“Hari ini adalah hari terakhir saya di Suria FM. Terima kasih banyak-banyak. Sekurang-kurangnya, ada perkara yang saya impikan tercapai.

“Saya pernah cakap, suatu hari nanti saya nak jadi deejay dan jadi pelbagai.

“Jadi deejay radio sebab saya minat. Datuk Nash pernah cakap suara saya sesuai di radio dan saya memang suka buat drama radio. Akhirnya, impian saya nak jadi deejay tercapai,” katanya.

Baca juga:

Demi keluarga

Sementara itu, Almy dalam hantaran di Instagram turut menitipkan kata-kata menyentuh hati buat suaminya.

“Riak wajahnya menggambarkan apa yang dia rasa. Bertahan demi isteri dan anak-anak. Dan dia percaya, rezeki Allah sangat luas,” tulis Almy.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan Fizz untuk tidak meneruskan tugas sebagai penyampai radio adalah bagi memberikan lebih tumpuan kepada keluarga, terutama anak-anak, selain ingin membantu Almy yang sebelum ini menguruskan anak-anak mereka sendirian.