Covid-19: JAIPk keluarkan tatacara majlis akad nikah

17 Mar 2020 • 5:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menetapkan majlis akad nikah hanya dilaksanakan di premis persendirian.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, majlis itu tidak dibenarkan dilaksanakan di tempat awam termasuk masjid, surau, dewan atau tempat-tempat awam lain.

“Merujuk kepada situasi semasa peningkatan ancaman wabak Covid-19, Jaipk menetapkan arahan tatacara bagi pelaksanaan majlis akad nikah berkuatkuasa serta merta.

“Selain mematuhi langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, tempoh pelaksanaan majlis hendaklah dipendekkan iaitu tidak melebihi 30 minit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, majlis itu hendaklah dihadiri oleh enam individu seperti yang dinyatakan dalam Rukun Nikah.

“Yang boleh dihadiri adalah seorang jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali.

“Majlis tersebut hendaklah dibatalkan sekiranya mana-mana pihak dalam kalangan individu tersebut telah disahkan atau disyaki dijangkiti Covid-19,” katanya.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved