Flagship Honor 2024 turun harga RM700, sambar sebelum habis

TechnologyDigital
3 Oct 2024 • 6:31 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Buat anda yang sedang mencari sebuah telefon untuk dibeli, dimakumkan yang Honor Malaysia mengumumkan penurunan harga beberapa telefon mereka. Berikut adalah perinciannya:

Penyelarasan harga ini sangat menarik kerana flagship Honor Magic 6 Pro turun harga sebanyak RM700, satu jumlah yang agak besar.

image is not available

Spesifikasi Honor 6 Pro

Honor Magic 6 Pro adalah sebuah telefon dengan panel paparan LTPO bersaiz 6.8". Ia ada paparan FHD+ ataupun 1280 x 2800 untuk lebih spesifik.

image is not available

Kadar segar semula panel paparannya boleh dilaras sehingga 120Hz dengan sokongan Dolby Vision dan HDR Vivid. Ada beberapa pensijilan TUV Rheinland ke atas panel paparan ini yang katanya boleh memelihara mata anda daripada rosak.

image is not available

Di jabatan pengimejan, Honor mengenakan Honor Falcom Camera System generasi baharu. Ia masih kekalkan penggunaan tiga kamera belakang pada Honor Magic 6 Pro.

image is not available

Kamera utama ada sensor 50MP dengan apertur boleh laras antara F1.4 ataupun F2.0, kamera ultralebar juga 50MP sementara kamera telefoto 2.5x zum optikal ada sensor gergarsi 180MP. Untuk mengambil gambar selfie, anda boleh gunakan kamera 50MP dan bokeh ditentukan oleh sensor 3D Depth.

image is not available

Atas papan utama, Honor Magic 6 Pro diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dengan RAM 12GB dan storan 512GB. Honor memaklumkan yang mereka gunakan cip Honor C1+ untuk ketersambungan yang baik dan ditambah baik daripada Honor C1 daripada Magic 5 Pro.

image is not available

Membekalkan tenaga kepada Honor Magic 6 Pro adalah sistem bateri berkapasiti 5,600mAh. Ia boleh dicas pantas secara berkabel pada paras 80W SuperCharge manakala secara wayarles pada 66W. Menariknya, blok pengecas 100W diberikan dalam kotak.