Semua heboh minggu lepas apabila permua Flappy Bird yang asli dikhabarkan akan kembali. Pembangun Flappy Bird sebenar iaitu Dong Nguyen yang menjadikan permua ini tular pada tahun 2013-2014 baru-baru ini telah mengesahkan yang beliau langsung tidak terlibat dengan olahan semula Flappy Bird ini.
No, I have no related with their game. I did not sell anything.
I also don't support crypto.
The Flappy Bird Foundation Group mendapatkan hak tanda dagang asal Flappy Bird daripada Gametech Holding yang mendapatkan hak ini selepas Nguyen tidak mengemaskini hak nama ini. Lebih mengejutkan, penulis dari varun.ch menemui yang permainan serba-baharu Flappy Bird ini turut mempunyai udang di sebalik batu yang menggunakan nama permainan popular ini untuk mempromosikan perniagaan kripto mereka yang dicurigai.

Selepas pendedahan ini, video treler Flappy Bird yang diterbitkan telah disembunyikan dan tidak boleh diakses oleh umum selain jika mempunyai pautan asal. Diharapkan permainan ini tidak akan dilancarkan dan orang ramai tidak akan terpedaya kepada permainan ini. Dikhabarkan, permainan asal Flappy Bird akan disokong tetapi dengan iklan. Sementara akses kepada watak baharu dan mod lain memerlukan belian dari dalam aplikasi menggunakan kripto $Flap.




