Flat tular didiami warga asing pernah digempur polis

LocalPolitics
9 Jun 2026 • 2:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Flat tular didiami warga asing pernah digempur polis
Naazron (gambar kecil) memberitahu, polis bersama Jabatan Imigresen Selangor pernah melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu menerusi Ops Kutip di kawasan terbabit pada 28 Februari tahun lalu.

KAJANG - Flat yang didakwa dibina secara haram oleh warga asing di Kampung Kenangan, Sungai Makau, Hulu Langat, dihuni oleh dua keluarga iaitu pemilik dan penyewa warga tempatan.

Ketua Polis Daerah Kajang berkata, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 47 saat yang tular di Facebook berhubung flat berkenaan pada Selasa.

"Bangunan itu dihuni oleh dua keluarga iaitu pemilik dan penyewa warga tempatan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Naazron berkata, polis bersama Jabatan Imigresen Selangor pernah melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara bersepadu menerusi Ops Kutip di kawasan tersebut pada 28 Februari tahun lalu.

"Kita berjaya menahan seramai 42 warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah melibatkan (35) lelaki,(3) wanita, (2) kanak-kanak lelaki dan (2) kanak-kanak perempuan," katanya.

Naazron berkata, kesemua mereka telah disiasat di bawah Seksyen 51(3)(a) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) sebelum ditahan di Depot Imigresen mengikut peruntukan undang-undang sama.

"Dalam masa sama, pihak berkuasa turut mengeluarkan satu Borang IMM 29 iaitu Saman Kepada Saksi serta satu Borang Geledah di bawah Seksyen 51(1) Akta Imigresen 1959/63 kepada seorang lelaki tempatan yang dipercayai anak pemilik rumah di lokasi terbabit bagi membantu siasatan.

"Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa, orang ramai dinasihatkan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan melalui talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-8911 4243," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan etnik Rohingya didakwa membina kediaman seakan flat empat tingkat secara tidak sah di kawasan tersebut.

Pendedahan itu dilakukan penyampai radio dan pelakon, Azad Jasmin, 50, atau dikenali Pak Azad yang secara kebetulan melalui jalan terbabit sebelum merakam video memaparkan keadaan flat yang mencurigakan.

Video tular terbabit menunjukkan kediaman bertingkat dengan laluan koridor ditutup bumbung zink, struktur dinding batu bata yang tidak disimen dengan sempurna, di samping sambungan paip air dan wayar elektrik

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved