'Fleet Card' Dibatalkan Jika Berani Salah Guna

LocalPolitics
21 Aug 2024 • 12:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tindakan tegas iaitu pembatalan fleet card akan dikenakan kepada pemegang yang terlibat dalam penyelewengan diesel bersubsidi di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Amaran tersebut dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil.

Penggunaan Fleet Card Secara Tidak Sah

image is not available

Pihaknya kini telah mengesan taktik baharu sindiket penyelewengan diesel yang menggunakan fleet card secara tidak sah, terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang.

Beliau menegaskan bahawa tindakan akan diambil berdasarkan Akta Kawalan Bekalan 1961, dan sekiranya terbukti bersalah, syarikat yang terlibat akan kehilangan kemudahan 'fleet card'.

Jelas Shamsul Nizam, secara logik sebuah kenderaan memiliki had pengisian minyak maksimum sebanyak 250 liter. Oleh itu, tidak mungkin kenderaan yang sama akan mengisi minyak berulang kali dalam satu hari.

Larangan Pembelian Berulang di Perak

image is not available

Dalam usaha membanteras penyelewengan, Perak kini menjadi negeri keempat selepas Kedah yang menguatkuasakan larangan pembelian berulang bagi diesel dan petrol bersubsidi RON95 di semua 429 stesen minyak di negeri itu. Menurut Shamsul Nizam, langkah ini diambil selepas hasil pemantauan menunjukkan bahawa sindiket kini beralih kepada penyeludupan petrol RON95.

"Arahan Pengawal ini dikeluarkan berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 berhubung larangan menjual diesel dan petrol RON95 secara berulang dalam hari yang sama kepada kenderaan berpendaftaran Malaysia dan asing yang berkuat kuasa serta-merta," katanya.

Sumber: Astro Awani