Flexbar Mengembalikan Ciri Touch Bar Pada Mac dan Boleh Juga Digunakan Windows

TechnologyDigital
5 Dec 2024 • 7:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Papan sesentuh Touch Bar tidak lagi disertakan pada MacBook Pro sejak tahun lalu tanpa sebarang sebab. Kini butang fizikal digunakan dan masih ada peminat Apple yang merindui ciri ini pada MacBook baharu mereka. Flexbar telah dicipta oleh ENIAC bagi mengembalikan ciri yang telah pupus ini.

image is not available

Flexbar ialah sebuah skrin sesentuh OLED bersaiz 250 x 7 mm dengan resolusi 2170 x 60 pixel. Seperti Touch Bar, Flexbar memberikan kawalan sesentuh untuk mengawal media, menukar keterangan skrin, kawalan kelantangan audio dan banyak lagi. Pengguna juga boleh memprogramkan Flexbar untuk melakukan makro atau menyimpan susunan tingkap aplikasi pada skrin komputer.

Keseluruhan tubuh Flexbar diperbuat daripada aluminium dengan sambungan kepada komputer dilakukan menerusi USB-C. Ia boleh digunakan pada komputer macOS dan juga Windows. Projek ini sedang mengumpul dana biayasama dan boleh dibeli pada harga $119 (~RM526).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved