Flight Pulang KL Penuh, Gelagat Azhan Rani Naik ‘Perauk Tambang’ Cuit Hati Netizen Sarawak

10 May 2023 • 1:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Nang ada-ada ajak nya tok’ – Netizen

Flight Pulang KL Penuh, Gelagat Azhan Rani Naik ‘Perauk Tambang’ Cuit Hati Netizen Sarawak. Siapa yang tidak mengenali sosok pelakon terkemuka Azhan Rani yang cukup terkenal dengan lakonan yang serba boleh ini.

Buka sahaja TV, pasti mukanya akan menghiasi skrin televisyen di rumah kita.

Baru-baru ini, beliau berkongsi beberapa keping gambar percutian beliau ke Sarawak. Ini bukanlah pertama kali ke bumi kenyalang, bahkan beliau kerap ulang alik dari Semenangjung ke Sarawak.

image is not available
Flight Pulang KL Penuh, Gelagat Azhan Rani Naik ‘Perauk Tambang’ Cuit Hati Netizen Sarawak. Kredit: Azhan Rani

Pendek kata, Sarawak ibarat rumah kedua bagi beliau.

Beliau juga mahir bertutur dalam dialek Sarawak sehingga setiap kapsyen beliau dalam bahasa Sarawak mendapat perhatian.

Antara perkongsian beliau yang mencuit hati netizen Sarawak baru-baru ini adalah gelagat beliau yang menaiki perahu tambang di Sungai Sarawak.

image is not available

Setiap kapsyen tak lucu tak sah!

Tambahnya, beliau terpaksa menaiki ‘perauk’ tambang untuk balik ke Kuala Lumpur kerana tiket penerbangan sudah pun penuh dengan nada bergurau.

Menerusi foto tersebut dilihat beliau membawa ibunya untuk merasai pengalaman menaiki perahu tambang di Sungai Sarawak.

Bukan itu sahaja, beliau juga sempat membawa ibu beliau ke Pusat Hidupan Liar yang terletak di Semenggoh bagi ‘menjenguk’ Orang Utan.

image is not available

Baca lagi artikel menarik:

View Original Article