Floor 88 Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Berhubung Kes Cetak Rompak Filem Bas Terakhir Malam Raya – Dakwa Kerugian RM2.67 juta 

10 May 2023 • 12:02 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kumpulan muzik Floor 88 - Gambar dari Instagram

Kumpulan muzik Floor 88 terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang tidak bertanggung jawab berhubung kes isu cetak rompak filem Bas Terakhir Malam Raya yang dimuat naik ke YouTube oleh saluran yang menggunakan nama Jari Hantu. 

Filem arahan Irwan Rauf yang diterbitkan dengan kerjasama tiga produksi iaitu Silentkaiju Studio, Motio Studio dan Floor 88 Holdings itu turut diterajui kesemua barisan anggota kumpulan muzik tersebut. 

        View this post on Instagram                      

A post shared by Floor 88 (@floor88band)

Berdasarkan kandungan digital yang boleh ditonton secara percuma di saluran tersebut, pelaku telah memuat naik video penuh filem berkenaan yang berdurasi selama 99 minit sejak Khamis (4 Mei) lalu.

Bahkan video yang dimuat naik secara haram itu sudah ditonton lebih 168,000 kali oleh pelayar platform berkenaan yang membabitkan kos kerugian bernilai (168,000 x RM15.90) = RM2,671,200.

Untuk makluman, Bas Terakhir Malam raya mula ditayangkan di saluran Astro First sejak 21 April lalu dan masih dalam tayangan. Sehubungan itu, Floor 88 akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut petang ini. – Getaran, 10 Mei 2023