Flotila Global Sumud berlepas ke Gaza 29 Mac, disertai ribuan sukarelawan antarabangsa

5 Feb 2026 • 9:55 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA, 5 FEB: Flotila bantuan Global Sumud merancang untuk berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac dengan penyertaan antarabangsa yang lebih luas, menurut pengumuman pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Pelepasan akan bermula dari lokasi bersejarah di Barcelona, diikuti oleh Tunisia, Itali dan pelabuhan lain di Mediterranean dan kali ini kami akan berlepas pada 29 Mac,” kata aktivis Global Sumud Sumeyra Akdeniz Ordu, dalam sidang media secara langsung dari Johannesburg, Afrika Selatan.

“Kali ini kami akan belayar bersama ribuan peserta, termasuk lebih daripada seribu doktor, jururawat dan profesional kesihatan.

“Kami akan membawa bersama profesional perubatan, pembina mesra alam, serta penyiasat jenayah perang, yang menjadi perbezaan berbanding misi sebelumnya,” kata beliau.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved