“Fokus Buat Crepe Je La” – Kieda Crepe Dikritik Buat Baju Mirip Logo Kumpulan K-Pop

3 May 2024 • 1:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Usahawan manisan kontroversi, Nur Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe baru-baru ini ada melancarkan baju t-shirt jenamanya sendiri untuk para pelanggan yang berminat.

Kieda Crepe lancar koleksi baju terbaru

Dalam satu hantaran promosi baju itu, Kieda menunjukkan reka bentuk t-shirt berkenaan yang berwarna kuning dan biru.

Dikritik sama macam logo kumpulan K-Pop

Namun, rekaan baju bertulis Kieda Crepe itu menerima kritikan kerana didakwa mirip rekaan logo kumpulan K-Pop popular, NCT Dream.

Kata netizen, rekaan itu sama seperti logo kumpulan nyanyian Korea itu yang digunakan pada era Hello Future.

Ia sekaligus mengundang kritikan dan kecaman terutamanya dari kalangan peminat kumpulan NCT.

Ada yang menganggap rekaan itu tidak mempunyai originaliti dan meniru 100%.

Netizen juga mempertikaikan keperluan Kieda untuk menjual baju sedangkan ‘niche’ perniagaannya adalah kuih dan manisan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

Tular Geng Bertopeng Edarkan Ayam Percuma Di Bukit Bintang, Ada Yang Pertikai - "Kami Semua Orang Islam"