Fokus Nak Dapat Zuriat, Janna Nick Akui Dah Kurang Muncul Dalam Dunia Hiburan – “Kalau Ada, Insya-Allah..”

EntertainmentFamily & Parenting
16 Jun 2025 • 11:40 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan pengacara Janna Nick mengakui dirinya kini kurang aktif berlakon kerana mahu memberi sepenuh tumpuan untuk mendapatkan zuriat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Dini Schatzmann.

Menurut laporan Kosmo! Online, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata ramai mungkin sudah perasan tentang perubahan itu, dan dia sendiri masih menyimpan harapan untuk dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti dengan izin Tuhan.

image is not available

Sekarang ini kalau orang tengok Janna Nick macam dah tak ada.

 

Saya memang kalau boleh fokus saya bukan lagi dalam industri hiburan. Fokus saya memang untuk dapatkan zuriat. Kalau ada, insya-Allah.

Dalam pada itu, pelakon itu secara terbuka berkongsi proses mencuba untuk hamil (TTC) untuk mengelak dari terasa hati dengan soalan-soalan yang berkaitan zuriat.

image is not available

Saya memang aktif beritahu kepada orang, saya tengah TTC supaya orang elak untuk bertanya sebab saya tengah cuba.

 

Bila kita tidak beritahu, orang bertanya, kita akan terasa.

Sebelum ini, Janna Nick pernah meminta agar orang ramai berhenti bertanyakan mengenai soal anak selain mendedahkan dirinya sudah setahun menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (iVF), namun gagal.

image is not available 7 months ago

"Sangat Kurang Ajar" - Janna Nick Terkesan Netizen Asyik Persoal Bila Nak Ada Anak, Salahkan Dini Punca Susah Hamil

View Original Article