Fokus pembangunan Sabah, tiada masa untuk isu remeh

LocalPolitics
26 Jan 2025 • 2:44 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri diterajui oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, komited sepenuhnya untuk melaksanakan pembangunan negeri serta menangani keperluan rakyatnya, kata Ketua Pemuda Gagasan Rakyat, Datuk Fairuz Renddan.

Fairuz, yang juga Adun Pintasan, menekankan fokus utama Kerajaan Negeri adalah untuk memberikan semua yang termampu kepada Sabah dan tidak ada masa untuk memandang isu remeh yang berbaur sifar dengki serta publisiti murahan daripada mana-mana pihak.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kita tengok dan nilai sendiri macam mana Ketua Menteri kita bergerak dan bekerja sejak awal mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri. Tidak dinafikan ada cabaran serta dugaannya.

“Tetapi itu adalah lumrah kerana untuk berdiri sebagai seorang pemimpin, lebih-lebih lagi sebagai ketua yang mengemudi sebuah bahtera kepimpinan yang dibarisi ramai wakil rakyat dengan pelbagai ragam, tidak mudah.