
Dalam era digital, pengaruh meluas media sosial telah melahirkan pelbagai fenomena psikologi, dan salah satu fenomena tersebut ialah sindrom takut akan ketinggalan maklumat atau perkembangan kini “trend” (FOMO). FOMO ataupun “Fear of Missing Out” adalah satu perasaan ke arah kebimbangan yang mendalam iaitu dia merasai orang lain sedang menjalani kehidupan yang selari dengan dunia kini manakala pengidap sindrom ini berasa terkecuali. Penulisan ini menerangkan ciri-ciri, punca, dan kesan FOMO, menerangkan kesannya ke atas keadaan mental dalam dunia yang semakin moden ini.
Ciri-ciri Sindrom FOMO :
FOMO diketahui oleh beberapa ciri utama yang menyumbang kepada sifat meluasnya. Salah satu ciri utamanya adalah keinginan yang kuat untuk turut serta dalam perkembangan dunia yang terbaru. Individu yang mengalami FOMO meletakkan diri mereka untuk menjadi sebahagian daripada penggiat aktiviti sosial dipacu oleh ketakutan yang mendalam dengan harapan agar tidak ketinggalan perkembangan-perkembangan terkini atau “trend”. Keinginan ini seringkali didorong oleh kebolehan untuk sentiasa berhubung, ciri kedua, yang dibantu oleh
kehadiran media sosial yang meluas. Aliran dunia yang beteraskan kemewahan dan cara hidup yang dibuat-buat berdasarkan kehidupan orang lain memperkukuhkan lagi sindrom ini iaitu ketakutan seseorang menganggap bahawa dia tidak berada dalam kelompok manusia yang selari dengan “trend”.
Perbandingan cara hidup juga merupakan ciri-ciri FOMO. Individu yang tidak berfikir panjang akan sering mengukur kehidupan mereka sendiri dengan kehidupan orang lain yang kelihatan lebih menarik seperti tiada masalah . Cara berfikir banding membanding ini boleh menyebabkan perasaan kurang layak, iri hati, dan rendah diri atau lebih dikenali ‘insecure’. Bimbang akan membuat sesuatu keputusan juga lazim di kalangan individu yang mengalami FOMO, kerana perasaan tidak yakin dalam membuat pilihan dan meletakkan kehidupan orang lain yang mampu mengikut ‘trend’ sebagai kayu ukur agar dia tidak tertinggal walaupun perkara yang dilakukan itu tidak masuk akal dan membebankan diri sendiri bak kata pepatah ukur baju di badan sendiri.
Kesan FOMO:
FOMO boleh menjadikan seseorang itu gelisah buat masa seketika, memberi kesan kepada kesejahteraan mental secara tidak langsung. Perasaan takut akan ketinggalan perkembangan terkini boleh menjadikan rasa gelisah dan rasa tidak puas hati terhadap diri sendiri. Sukar untuk setiap manusia mengikuti setiap perkembangan terkini atau ‘trend’. Kegelisahan yang berterusan ini boleh menyebabkan keletihan mental sehingga sukar untuk membuat keputusan, menjejaskan keupayaan untuk membuat pilihan yang selaras dengan nilai dan keutamaan peribadi. FOMO yang disebabkan oleh perbandingan sosial dapat menyumbang kepada pandangan diri yang negatif, memupuk perasaan tidak layak dan anggapan yang negatif tentang kehidupan sendiri. Karakter seseorang yang selalu dilihat sempurna di media sosial dijadikan idola dalam kehidupan realiti memperhebat lagi emosi negatif ini. Pandangan yang terpesong ini boleh merosakkan harga diri dan keyakinan diri.
Impak FOMO ke atas kesihatan mental khususnya dapat dilihat dalam bidang hubungan interpersonal. Keperluan yang tidak henti-henti untuk turut serta dalam setiap ‘trend’ menyebabkan kelelahan dan kepenatan. Komitmen berlebihan kepada interaksi sosial dapat membebankan hidup , kerana individu bergelut untuk seimbangkan kesihatan diri dengan tekanan untuk memenuhi harapan masyarakat. Selain itu, sindrom ini juga dikaitkan dengan insomnia. Kesan negatif, yang ditakrifkan sebagai "dimensi umum kesusahan subjektif dan penglibatan yang tidak menyenangkan yang merangkumi pelbagai keadaan mood yang tidak menyenangkan, termasuk kemarahan, penghinaan, rasa meluat, rasa bersalah, ketakutan dan kegelisahan," didapati dikaitkan dengan tidur yang kurang baik, kesan oleh sindrom ini, melalui kajian dari pelajar universiti di China.

Punca FOMO:
Beberapa faktor menyumbang kepada perkembangan FOMO, dengan kemunculan teknologi digital memainkan peranan utama. Platfom media sosial menyediakan aliran berterusan kemas kini, mempamerkan sorotan kehidupan orang lain. Sifat yang suka memilih dari kemas kini ini mencipta persepsi yang terpesong dari realiti, memupuk budaya perbandingan dan persaingan. Takut akan ketinggalan semakin parah apabila individu menyaksikan apabila rakan sekelilingnya juga mempunyai sindrom FOMO. ‘Tagline’ yang sering digunakan di media sosial, seperti suka, komen, dan kongsi, menambah dimensi lain kepada perkembangan FOMO. ‘Tagline’ ini acapkali disebut oleh ramai pengamal media sosial dan ia boleh menjadi daya pendorong untuk membawa individu untuk terus mencari individi-individu yang suka menampilkan kesempurnaan kehidupan mereka. Sindrom FOMO ini membuatkan seseorang untuk tidak fokus akan diri sendiri dan tiada daya maju untuk menjadikan diri lebih baik.
Mengurus FOMO untuk Kesejahteraan Mental yang Lebih Baik:
Mengambil berat dan tidak memandang remeh serta mengendalikan sindrom FOMO adalah penting untuk mengekalkan kesejahteraan mental dalam era digital. Menetapkan harapan dan batasan yang realistik untuk penggunaan media sosial merupakan langkah penting. Individu perlu lebih mengatur masa bersama gajet dan memilih untuk mengikuti akaun yang memberi inspirasi dan memberi semangat daripada kehidupan yang tidak realistik.
Membangunkan kesedaran diri dan kesedaran diri adalah penting dalam mengurus sindrom FOMO. Dengan memupuk pemahaman terhadap nilai, keutamaan, dan batasan peribadi, individu dapat membuat keputusan yang lebih baik dan realisitik. Sekarang, dunia merupakan tempat berkomunikasi yang tiada sempadan . Dalam konteks seorang Muslim, kita boleh memanfaatkan kemudahan ini untuk melakukan perkara yang baik serta hanya meletakkan kehidupan seseorang individu yang memamerkan kehidupan yang sempurna di media sosial itu hanyalah sebagai jamu mata bukannya dijadikan perbandingan antara kehidupan kita sendiri. Kita juga boleh menjadikan platfom media sosial ini sebagai tempat untuk kita berkongsi pengalaman dan ilmu yang manfaat seperti seruan pada firman Allah SWT dalam surah Luqman ayat 17, “dan suruhlah manusia berbuat makruf (baik dan menjauhi perkara mungkar (buruk)…” Selain itu, sabda Nabi Muhammad SAW, “Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu cegahlah dengan lisannya, dan apabila tidak mampu maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim di dalam Sahih Bukhari dan Muslim.
Nazril Fahim adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
