Fon Kepala Dyson OnTrac Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM2599

TechnologyDigital
13 May 2025 • 3:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Setelah dilancarkan hampir setahun di sejumlah pasaran terpilih, Dyson Malaysia akhirnya dilihat mula menawarkan fon kepala generasi kedua syarikat aksesori rumah terkemuka dari UK tersebut, iaitu Dyson OnTrac,

image is not available

hadir dengan rekaan industrial, menggabungkan logam aluminum yang hadir dengan pelbagai jenis warna yang boleh ditukar. Ini juga termasuklah kusyen dalaman yang boleh diubahsuai dengan pelbagai pilihan warna, bergantung kepada kehendak pengguna.

Dari segi kualiti audio pula, Dyson OnTrac menggunakan pemandu audio bersaiz 40mm yang mana menurut Dyson, boleh mengolah audio dalam julat frekuensi 40Hz sehinggalah 21KHz yang menjanjikan olahan bass, treble dan nota tinggi yang tidak menyakitkan telinga.

image is not available

Selain daripada sambungan nirwayar Bluetooth, jika anda mahu menyambungkan fon kepala ini pada sebuah DAC ataupun amplifier, anda boleh melalukannya melalui sambungan palam audio 3.5mm yang terbina. Ia juga hadir dengan sokongan untuk ciri pembatalan bunyi hingar aktif ANC. Untuk sambungan nirwayar, Dyson berkata fon kepala OnTrac ini mampu memainkan audio daripada peranti selama 55 jam berturut-turut dengan satu pengecasan penuh.

image is not available

Dyson OnTrac sudah boleh dibeli melalui kedai atas-talian Dyson Malaysia pada harga RM2599 dan ditawarkan dalam pilihan warna CNC Copper dan CNC Black/Nickel.