Fon Telinga Oppo Enco R3 Pro Mampu Beroperasi Sehingga 44 Jam

TechnologyDigital
26 Nov 2024 • 2:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Oppo turut memperkenalkan penambahan terbaharu untuk set fon telinga nirwayar iaitu Enco R3 Pro yang menawarkan ketahanan bateri sehingga 44 jam. Ia juga dilengkapi dengan rekaan jenis dalam telinga bertangkai panjang bersama panel kawalan sesentuh.

image is not available

Sepasang pemandu audio 12.4mm digunakan sementara tambatan pada peranti pula ialah menerusi bluetooth 5.4. Dengan sekali caj, setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 12 jam tetapi meningkat 44 jam dengan bantuan pod pengecas. Apabila kehabisan bateri, Oppo Enco R3 Pro boleh dicas semula menerusi port USB-C. Dalam masa sama mempunyai kalis air IP55 yang sesuai digunakan untuk bersenam.