Food hopping menu viral, lima destinasi sajikan kulinari unik wajib terjah

Food
31 Dec 2022 • 10:00 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available
food hopping

TREND food hopping nampaknya sudah menjadi budaya dalam kalangan anak muda yang suka mencuba makanan atau pencuci mulut viral.

Tidak kira jarak jauh atau pun dekat, mereka sanggup terjah ke mana-mana kafe asalkan dapat merasa keenakan makanan yang tular itu.

Ada juga dalam kalangan mereka yang mahu pergi sekadar untuk konten akaun Facebook, Instagram, Twitter mahupun TikTok.

Hasil tinjauan SinarPlus, pelbagai kulinari rare yang kita sendiri pun jarang-jarang dengar, sudah diperkenalkan peniaga tempatan.

Lazimnya kafe tersebut terletak di lokasi tengah bandar yang mudah dicari waima hanya berjalan kaki sahaja dari mana-mana stesen pengangkutan awam.

image is not available
SUMBER foto: Canva.

Selain bentuk yang unik dengan pelbagai pilihan rasa, harganya pun boleh tahan.

Berikut lima jenama makanan dan pencuci mulut popular yang membuatkan ramai sanggup beratur panjang:

image is not available

1. Poket Doraemon
Alamat: B1-G-3, Pusat Komersial Gaya, Jalan Taman Pusat Bandar Melawati, Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 8 pagi hingga 5 petang
Harga: Bermula RM18 (satu pek)
Facebook: Poket Doremon HQ
Instagram: @poketdoremonhq

image is not available

2. Niase Tom Yum
Alamat: Uptown Ipoh Night Market,
Waktu operasi: 5 petang hingga 11 malam
Harga: Bermula RM22 hingga RM25
Facebook: Niase
Instagram: @niaseofficial

image is not available

3. 32 Parfait
Alamat: Kuala Lumpur Lot 10 & The Gardens MidValley, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam
Harga: Bermula RM15
Facebook: 32parfait_malaysia
Instagram: @32parfait_malaysia

image is not available

4. Armenian 70’s Ice Ball
Alamat: 78, Armenian Street, George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: 9 pagi hingga 9 malam
Harga: RM3 hingga RM7
Facebook: Armenian 70’s Ice Ball

image is not available

5. Mee Besen
Alamat: Pusat Niaga Bandaraya Melaka, Melaka
Waktu operasi: 3.30 petang hingga 10 malam
Harga: Bermula RM8 hingga RM32
Facebook: MEE BESEN ORI Melaka
Instagram: @mee_besen_ori_melaka

Sekali sekala mencuba makanan atau minuman viral tidak menjadi masalah, kan? Cuma berpada-padalah jangan sampai membazir.

image is not available
SUMBER foto: Canva.

Minggu terakhir sebelum menyambut Tahun Baharu 2023, bolehlah merancang untuk jalan-jalan cari makan viral jika lokasinya berhampiran dengan kalian.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi