Food Network kini dibuka, rasai hidangan lokal & antarabangsa di Summit USJ

Food
27 Feb 2024 • 12:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Buat pencinta makanan, Food Network kini dibuka buat para pengunjung di pusat beli-belah Summit USJ di Subang Jaya, Kuala Lumpur.

Difahamkan, terdapat 12 gerai menawarkan pelbagai hidangan lokal dan antarabangsa yang terletak di aras G di pusat beli-belah tersebut.

Food Network kini dibuka

image is not available

Menurut pihak Food Network, Chef Ibnu Firqhud Hazizan dari Restoran Kampunglah dan Yam Choon Yon dari Yong’s Lan Zhou Mee Tarik antara air tangan yang menjanjikan selera istimewa!

image is not available

image is not available

“Tidak kira hidangan tradisional Melayu yang menyelerakan atau mee tarik tangan yang dibuat khas, pelbagai hidangan masakan Food Network memenuhi setiap selera,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagi penggemar makanan barat pula, jangan lepaskan peluang ke The Great Hall Theme Cafe yang menyediakan menu seperti burger, pasta dan minuman.

image is not available

“Malah untuk mereka yang menggemari juadah tempatan, nikmati kelazatan menu dari gerai Cik Cha Nasi Lemak, Selera Padang, Suzzling Thai, dan Mee Sotong Hj Tamin serta Nasi Ayam Makchick” ujarnya.

image is not available

Tambahnya, terdapat juga Galeri Great Hall yang menampilkan figura patung selain menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.