Foodpanda Membuang Sejumlah Pekerja Di Rantau Asia Tenggara

TechnologyDigital
23 Sep 2023 • 8:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Delivery Hero, syarikat sebalik FoodPanda sedia menyatakan mereka dalam proses ingin menjual operasi FoodPanda di Asia Tenggara. Selain daripadanya, kini mereka turut mengesahkan sedang membuang sejumlah pekerja FoodPanda di rantau ini.

Buat masa ini, jumlah pekerja yang terkesan tidak dinyatakan. FoodPanda sebelum ini sedia mengurangkan tenaga kerja mereka di rantau ini pada September 2022 dan juga pada Februari 2023. Ini adalah kali ketiga FoodPanda melakukan proses pengurangan tenaga kerja di rantau ini dalam tempoh jangka masa setahun.

FoodPanda menyatakan langkah pengurangan tenaga kerja ini adalah dalam usaha menjadikan mereka lebih efisien dan menjadikan operasi mereka lebih berstruktur. Pengurangan tenaga kerja ini tidak melibatkan rakan penghantar FoodPanda, dan lebih kepada bahagian pengurusan dan operasinya sahaja.

Pengurangan tenaga kerja ini hadir selari laporan menyatakan operasi FoodPanda di rantau ini sedang dalam perbincangan untuk dijual kepada beberapa pihak berpotensi. Ia tidak dinyatakan bersama siapakah perbincangan sedang dilakukan, dan antara nama yang disebut-sebut akan mengambil-alihnya adalah Grab.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved