Foodpanda Mungkin Tidak Akan Dijual Kepada Pihak Lain – Dikatakan Telah Mencapai Titik Pulang Modal

TechnologyDigital
14 Feb 2024 • 10:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Delivery Hero merupakan syarikat induk yang memiliki jenama FoodPanda di rantau Asia Tenggara ini. Terbaru, melalui sebuah temuramah bersama CNBC, CEO Delivery Hero menyatakan mereka gembira untuk mengekalkan perniagaan Foodpanda dibawah mereka untuk “selamanya”. Menurut beliau, Foodpanda kini telah mencapai titik pulang modal, dan tidak lagi memberikan kesan terhadap keuntungan mereka.

Ia turut ditambah, FoodPanda merupakan perniagaan di rantau yang membesar dengan pantas – iaitu di Asia Tenggara yang menjadi fokus ramai pihak dan pelabur, sekaligus mempunyai lebih banyak potensi untuk berkembang. Ia turut ditekankan mereka tidak mempunyai sebab untuk menjualnya buat masa ini.

Sebelum ini, Delivery Hero menyatakan terbuka untuk menjual Foodpanda dan berbincang dengan beberapa pihak. Namun, beberapa minggu lepas ia dilaporkan yang perbincangan menjualnya bersama Grab gagal mencapai kata putus. Komen terbaru CEO ini hadir lanjutan daripadanya, dan mungkin kita akan melihat Delivery Hero mengekalkan jenama Foodpanda untuk sementara waktu ini dibawah mereka tanpa menjualnya kepada pihak lain.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved