FoodUnites kekalkan makanan warisan sebagai simbol perpaduan – KPN

30 Jan 2024 • 2:36 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Program FoodUnites kekalkan makanan warisan sebagai simbol perpaduan di Malaysia.

Menurut Kementerian Perpaduan Negara (KPN), program itu akan diadakan di Kuching Waterfront, Sarawak pada 3 dan 4 Februari ini.

FoodUnites kekalkan makanan warisan

image is not available

KPN berkata, program ini menitikberatkan usaha untuk memperkenalkan dan meningkatkan kesedaran terhadap makanan tradisi khususnya di kalangan generasi muda.

“FoodUnites bukan hanya sekadar festival makanan, tetapi juga sebuah perhimpunan budaya yang merentasi waktu, membawa kehidupan kepada cerita-cerita di sebalik setiap hidangan, dan mengajak masyarakat untuk menghargai kekayaan kuliner yang menjadi warisan kita.

“Mari bersama-sama menjelajah dan menghormati keunikan cita rasa Malaysia melalui program FoodUnites dengan menjadikan makanan sebagai jambatan penyatupaduan di tengah kepelbagaian kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

FoodUnites kekalkan makanan warisan, kepelbagaian Malaysia

image is not available

Program itu akan dirasmikan oleh Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang pada 3 Februari bagi menjayakan tiga objektif iaitu perpaduan kaum, warisan kaum serta kepelbagaian Malaysia.

image is not available

FoodUnites menampilkan Laksa Sarawak sebagai makanan utama selain enam lagi makanan tradisi yang mewakili setiap kaum antaranya Nasi Lemak, Char Kuey Teow, Nasi Briyani, Latok, Ayam Pansuh, dan Kek Lapis.

Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik termasuk Zumba, Permainan Tradisional, Cabutan Bertuah, Kesenian dan Kebudayaan, Pameran, Pertandingan dan banyak lagi.