Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel Dilancarkan di Malaysia – Lebih Berkuasa, Lebih Mewah

LocalCars
25 Aug 2025 • 4:24 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


KUALA LUMPUR, 22 Ogos 2025 – Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, secara rasmi melancarkan Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel serba baharu di Heritage Valley, Kuala Lumpur.

Trak pikap berprestasi tinggi ini hadir dengan enjin 3.0L V6 Turbo Diesel yang menghasilkan 250PS dan tork 600Nm, angka tertinggi dalam segmennya. Dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan serta sistem pacuan empat roda, model ini menawarkan enam mod pemanduan berbeza termasuk Eco, Mud/Ruts dan Sand, sesuai untuk kegunaan bandar mahupun laluan off-road.

Dari segi reka bentuk, Ranger WildTrak baharu tampil lebih garang dengan Lampu Depan Matriks LED Prestasi Tinggi, roda aloi 20 inci, serta lambang V6 eksklusif. Bahagian dalaman pula dipertingkatkan dengan skrin infohiburan 12 inci SYNC®4A, sokongan Apple CarPlay® dan Android Auto™ tanpa wayar, pengecas telefon pintar tanpa wayar serta paparan digital TFT 8 inci.

Aspek keselamatan turut diberi perhatian dengan ciri terkini seperti Blind Spot Information System (BLIS), Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control dengan fungsi Stop & Go, serta Rear Cross Traffic Alert.

Menurut Sami Malkawi, Pengarah Eksekutif Ford Asia Pasifik (APDM), pelancaran ini menandakan komitmen Ford untuk menawarkan pilihan yang lebih berkuasa, selesa dan diyakini pelanggan Malaysia.

Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel ditawarkan dalam empat warna – Arctic White, Absolute Black, Luxe Yellow dan Meteor Grey – pada harga bermula RM192,888 di Semenanjung Malaysia dan RM198,688 untuk Sabah Dan Sarawak (atas jalan tanpa insurans).



Ford Ranger WildTrak 3.0L V6 Turbo Diesel dihadiri dengan Warranti Pengeluar selama 5 Tahun atau 160,000km (yang mana sampai dahulu).

Pelanggan awal akan menerima Pakej Servis Lanjutan 2-Tahun serta beg pendingin edisi terhad.

Untuk maklumat lanjut, layari Ford Malaysia atau ikuti Ford di platform media sosial rasmi.